test

My ID FB Page

MY PAGE

Powered by Blogger.

Click Follow to follow my blog

Join me to get Extra Discount

SeniFoto on Facebook

nota kaki

ringankan jemari anda menekan iklan di bawah tu yer- terima kasih...

Popular Posts

Nota: Organ Utama dalam Penghasilan Bunyi Bahasa

Organ Utama dalam Penghasilan Bunyi Bahasa

Paru-paru

Kebanyakan bunyi bahasa dihasilkan dengan udara dihembus keluar dari paru-paru.

Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu di bahagian bawahnya oleh diafragma.

Pergerakan di antara tulang rangka dengan diafragmalah yang membolehkan udara keluar masuk paru-paru.

Larings

Larings ialah kotak teguh yang terbentuk daripada tulang rawan.

Terletak di atas tenggorok yang bersambung dengan paru-paru di bawahnya.

Larings dinaikkan untuk menghasilkan bunyi bukan pulmonik (udara disedut ke dalam)

Dalam larings terdapat pita suara yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bersuara, tak bersuara dan glotis.

Farings

Berbentuk seperti tiub

Bermula dari bahagian atas larings dan bercabang ke rongga mulut dan hidung.

Mengekalkan bunyi bersuara

Menjadi pendek apabila larings atau lelangit lembut dinaikkan.

Rongga Hidung

Menghasilkan bunyi sengau/nasal apabila velum/lelangit lembut diturunkan dan udara keluar melaluinya.

Jika udara keluar melalui rongga hidung sahaja, maka bunyi konsonan nasal dihasilkan.

Jika udara keluar melalui kedua-dua rongga hidung dan mulut, maka bunyi vokal nasal dihasilkan.

Rongga Mulut

Terdiri daripada bibir, gigi, gigi-gusi (alveolar ridge), lelangit keras (hard palate), lelangit lembut (soft palate/velum), anak tekak (pharynx), lidah.

Lidah boleh dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu:

Hujung lidah (tip) yang bertentangan dengan gigi.

Daun lidah (blade) yang bertentangan dengan gigi-gusi.

Depan lidah (front) yang bertentangan dengan lelangit keras.

Belakang lidah (back) yang bertentangan dengan lelangit lembut.

Akar/Pangkal lidah (root) yang bertentangan dengan anak tekak.

read More

0 follower here!: