test

My ID FB Page

MY PAGE

Powered by Blogger.

Click Follow to follow my blog

Join me to get Extra Discount

SeniFoto on Facebook

nota kaki

ringankan jemari anda menekan iklan di bawah tu yer- terima kasih...

Popular Posts

back tu basic!


Jalur gemilang merupakan salah satu lambang negara Malaysia. Bendera Malaysia ini dinamakan sebagai "Jalur Gemilang" pada 31 Ogos 1997. Nama ini telah dipilih oleh Perdana Menteri Malaysia yg ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad semperna sambutan hari kemerdekaan negara ke-40.

14 jalur melintang yang berwarna merah dan putih berselang-seli ini melambangkan 13 buah negeri di Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Penang, Terengganu dan juga Wilayah Persekutuan.

Warna merah melambangkan keberanian, manakala warna putih pula sebagai lambang kesucian. Warna biru gelap di sukuan kiri-atas pula merupakan simbol perpaduan rakyat Malaysia yg berbilang kaum. Bulan sabit merupakan simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Bintang berbucu 14 pula menunjukkan perpaduan antara 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan. Warna kuning yang diwakili oleh bulan dan bintang ini adalah simbolik kepada warna diraja. 


Lagu jalur Gemilang
“Merah membara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

14 melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang, di bawah naunganmu 
Jalur gemilang, kami semua bersatu
Perpaduan, ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang, megah kami terasa
Jalur gemilang, kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah..
Berkibarlah..
Berkibarlah..
Jalur gemilang!”
p/s:budak2 sekolah klu dengar lagu nie mesti semangat gila ah nak nyanyi..(cikgu pon lebih kurang jer.)

15 follower here!:

Anonymous said...

bgus cg kite ni..
berjiwe patriotik..
2 yg student syg 2..
haha

Silverleaf said...

semangat tul...tapi kan sebenonye aku xsuke design jalur gemilang kite...mase ade cadangan nak re-design tu aku memg sokong...aku rase bendera kite ade macam bendera USA sket2....tapi macam mane pun aku tetap sayang Malaysia....

smurf said...

nyanyi lagu nie staun skali jer , bln 8 nti ...

miss azlina said...

ari merdeka lmbat lg la..hehe..

Rona Realiti said...

naper terasa merdeka dah dekat...!?

Fadhlah said...

mmg masa cepat berlalu....

Unknown said...

masa memang begitu pantas...bila di kenang masa sekolah doludolu memng seronok

Unknown said...

fuh, bendera malaysia yang dah ada kat mana-mana skrg nih..

kat everest ada..
kat selat inggeris pun ada..
kat bulan je lom ada..

Afendy @ Ustazkodimero said...

Rajin gak nyanyi lagu patriotik kt sek dulu...
Caiyok caiyok..!!!

Anonymous said...

tetiba fadlah bsmngat waja..bagus2..ada org 2 tggu smbut hr merdeka dulu baru nk rs bsmgt nk nyanyi lagu kbgsaan..org 2 sape lg kalo bkn aku sndiri..wakakaka..

ASYIQ said...

Rasa nak sambut 31 Ogos la pulak...hihi.

Ingat dulu kat tv.....penah minta orang ramai nyanyi lagu Negaruku....macam2 senikata keluar!!! Fuh...memalukan! Bebudak sekolah pn x tentu lepas nyanyi lagu tu...mulut jer kumat kamit.

ellieandcarl'sstories said...

btollll aku setuju...semangattt baru beshh..

Sathes Kumar said...

yahoo... merdeka, merdeka, merdeka....

Op op op.... tu bulan ogos la...

sekarang baru jun...

semangat membara tol wak padhlah yer...

Unknown said...

sedih juga bila ada raknyat malaysia yang tak hafal lagu negara sendiri..asyik ingat lagu semasa sahaja.sedarlah..

Unknown said...

apa kata kalau cikgu fadlah buat lagu anak kecil main api...dah lama tak dengar