test

My ID FB Page

MY PAGE

Powered by Blogger.

Click Follow to follow my blog

Join me to get Extra Discount

SeniFoto on Facebook

nota kaki

ringankan jemari anda menekan iklan di bawah tu yer- terima kasih...

Popular Posts

Cabang-cabang Falsafah dan ketegori falsafah

Falsafah boleh dibahagikan kepada empat
metafizik,axiologi,epistemologi,dan logik.

Metafizik (Ontologi)

Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:

Apa itu kebenaran?
Adakah Tuhan wujud?
Siapa itu manusia?
Apakah itu kebebasan manusia?
Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik.

Axiologi.

Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.

1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan
Epistemologi.

Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:

Apa itu ilmu?
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Apa yang diketahui oleh manusia?
Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?

Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu
Logik.

Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:

Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

0 follower here!: