test

My ID FB Page

MY PAGE

Powered by Blogger.

Click Follow to follow my blog

Join me to get Extra Discount

SeniFoto on Facebook

nota kaki

ringankan jemari anda menekan iklan di bawah tu yer- terima kasih...

Popular Posts

Nota: Maksud Konsonan dan Vokal


Pendahuluan

Segmen bunyi terbahagi kepada dua, iaitu konsonan dan vokal.

Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang terdiri daripada artikulator aktif dan artikulator pasif.

Titik artikulasi (place of articulation) terdiri daripada kedua-dua jenis artikulator kecuali lidah yang dijelaskan dalam cara artikulasi (manner of articulation).

Konsonan

Konsonan ialah bunyi ujaran yang dihasilkan apabila arus udara disekat sepenuhnya atau sebahagiannya pada titik artikulasi.

Titik artikulasi ialah tempat keluar bunyi ujaran.

Titik artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu titik artikulasi aktif dan titik artikulasi pasif.

Titik artikulasi aktif ialah bahagian alat ujaran yang bergerak, manakala titik artikulasi pasif pula adalah bahagian alat ujaran yang tidak bergerak

Titik Artikulasi AktifTerdapat 8 titik artikulasi aktif yang terdiri daripada:

dua bibir (bilabial)

hujung lidah

daun lidah

depan lidah

belakang lidah

pangkal lidah

lelangit lembut

pita suara

Titik Artikulasi Pasif

Terdapat 6 titik artikulasi pasif terdiri daripada:

gigi kacip atas

gigi-gusi

gigi-gusi lelangit keras

lelangit keras

anak tekak

rongga tekak

Titik Artikulasi Utama

Titik artikulasi utama ialah titik artikulasi yang dinyatakan dalam carta konsonan (pulmonik) IPA, iaitu:

1.dua bibir (bilabial)

2.bibir gigi (labiodental)

3.gigi (dental)

4.gigi gusi (alveolar),

5.gigi gusi lelangit keras (postalveolar)

6.gelungan (retroflex)

7.lelangit keras (palatal)

8.lelangit lembut (velar)

9.anak tekak (uvular)

10.rongga tekak (pharyngeal)

11.pita suara (glotis)

Cara Artikulasi

Cara artikulasi (manner of articulation) ialah cara bunyi ujaran dihasilkan. Terdapat 9 cara artikulasi, iaitu:

1.Letupan (plosive)

2.Sengauan (nasal)

3.Getaran (trill)

4.Ketukan atau libasan (tap or flap)

5.Geseran (fricative)

6.Geseran sisian(lateral fricative)

7.Malarantak bergeser (approximant)

8.Sisiantalk bergeser (lateral approximant)

9.Letusan (affricates)

Deskripsi Konsonan

Berdasarkan carta IPA, deskripsi konsonan dalam bahasa Melayu bermula dari sebelah kiri (cara artikulasi) diikuti oleh sebelah atas (titik artikulasi) dan diikuti oleh bunyi bersuara/tak bersuara.

Contoh: Konsonan /p/ dideskripsikan sebagai bunyi konsonan letupan dua bibir tak bersuara (voiceless bilabial plosive).

Latihan: Berikan deskripsi fonetik bagi kesemua bunyi konsonan yang terdapat dalam IPA.

Vokal

Vokal ialah bunyi ujaran yang dihasilkan apabila arus udara dibiarkan melalui titik artikulasi tanpa sekatan.

Terdapat 28 vokal dlm IPA. Daripada jumlah tersebut 18 dianggap vokal kardinal yg terdiri dpd8 vokal kardinal utama dan 10 vokal kardinal kedua.

Deskripsi Vokal

Berdasarkan carta IPA, deskripsi vokal dalam bahasa Melayu bermula dari kedudukan bibir (hampar/bundar), diikuti oleh bahagian sebelah atas (daerah artikulasi) dan diikuti oleh sebelah kiri (ruang udara).

Contoh: Vokal /a/ dideskripsikan sebagai bunyi vokal hampar depan luas (open front unrounded vowel).

Latihan: Berikan deskripsi fonetik bagi kesemua bunyi vokal yang terdapat dalam IPA.

Diftong

Bunyi diftong terhasil apabila vokal kedua dalam deretan dua vokal mengalami geluncuran tanpa puncak kelantangan.

Terdapat 3 jenis diftong dlm BM, iaitu [aj], [oj], dan [aw] yang direalisasikan dpd /ai/, /oi/, dan /au/.

Titik dan Cara Artikulasi Konsonan

Sila lihat carta IPA

Kesimpulan

Titik dan cara artikulasi memainkan peranan penting dalam menghasilkan segmen bunyi bahasa yang terdiri daripada konsonan dan vokal.

Bunyi separuh vokal atau geluncuran seperti [w] dan [j] termasuk dalam konsonan.


read More:

0 follower here!: